Motto dan Matlamat Hidup

Motto:

  • "Tiada yang senang dalam hidup dan tiada yang susah untuk digapai dengan adanya usaha"
  • "Sentiasa cuba menjadi lebih dan lebih baik daripada orang lain"

Matlamat jangka pendek:
Mendpat anugerah dekan dalam setiap semester dan mendapat anugerah tokoh pelajar.Menjadi model dan motivasi kepada mahasiswa yang lain dan mampu membahagikan masa dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Matlamat Jangka Panjang:
Mendapat pekerjaan sebaik sahaja tamat belajar dan mampu menjana pendapatan lumayan dan membantu keluarga.Mempunyai kehidupan yang stabil dalam usia yang muda dan menjadi seorang akauntan dalam usia yang muda.

Kekuatan Dan Kelemahan

Kekuatan:

  • Saya seorang penghafal yang baik dalam pembelajaran.
  • Saya juga seorang pendengar yang baik dan tetiti dalam memberikan nasihat dan pendapat
  • Saya seorang yang berani dalam mengemukan pendapat
  • Saya seorang yang tegas dalam membuat keputusan
  • Saya seorang yang kreatif dalam menghasilkan idea yang menarik.
  • Seorang yang Peramah dan berdedikasi
  • Mudah dibawa berbincang
  • Seorang yang tidak mudah putus asa

Kelemahan:

  •  Saya tidak sabar dalam menunggu hasil keputusan.Contohnya apabila saya melalakukan sesuatu saya ingin melihat hasilnya dengan cepat.
  • Saya tidak suka diarah dan lebih gemar ditegur secara baik.
  • Saya seorang yang emosional.
  • Saya seorang yang pentingkan diri.


Hobi & Cita-cita

Hobi:

Aktiviti yang saya gemar lakukan pada waktu lapang ialah berjalan sambil melihat keindahan ciptaan tuhan,Saya juga gemar membaca dan membuat pemerhatian terhadap objek objek atau perkara perkara yang saya rasakan menarik.Selain itu,saya gemar ke pusat membeli belah untuk melihat perkembangan fesyen fesyen terkini.Akhir sekali saya gemar ke restoran restoran untuk mencuba hidangan makanan yang disediakan.


Cita-cita:


Pada umur saya yang semakin meningkat dewasa ini cita-cita saya adalah untuk membahagiakan kedua-dua ibu bapa saya.Mengejar ilmu dunia dan akhirat dan menjadi manusia yang berguna dan dapat memberikan manfaat kepada orang lain.Akhir sekali,cita cita saya adalah untuk menjejakan kaki ke luar negara dan menimba ilmu di sana dengan hasil titik peluh saya sendiri.