Hobi & Cita-cita

Hobi:

Aktiviti yang saya gemar lakukan pada waktu lapang ialah berjalan sambil melihat keindahan ciptaan tuhan,Saya juga gemar membaca dan membuat pemerhatian terhadap objek objek atau perkara perkara yang saya rasakan menarik.Selain itu,saya gemar ke pusat membeli belah untuk melihat perkembangan fesyen fesyen terkini.Akhir sekali saya gemar ke restoran restoran untuk mencuba hidangan makanan yang disediakan.


Cita-cita:


Pada umur saya yang semakin meningkat dewasa ini cita-cita saya adalah untuk membahagiakan kedua-dua ibu bapa saya.Mengejar ilmu dunia dan akhirat dan menjadi manusia yang berguna dan dapat memberikan manfaat kepada orang lain.Akhir sekali,cita cita saya adalah untuk menjejakan kaki ke luar negara dan menimba ilmu di sana dengan hasil titik peluh saya sendiri.