Pengalaman Kerja
Pada cuti cuti panjang seperti cuti sekolah yang panjang,cuti selepas spm dan matrik saya akan menghabiskan masa saya untuk bekerja dan mencari pengalaman tambahan.Pada usia 16 tahun saya mula membantu ibu saya di butik beliau dan diberi upah setiap minggu.Selain itu,Pada cuti spm yang panjang itu saya bekerja di AEON maluri sebagai promoter di sebuah kedai jam selama 3 bulan,Menghabiskan masa dengan beekrja di sini banyak memberi ksesedaran satya tentang sukarnya untuk mendapatkan sesuap nasi untuk menyara keluarga.Ini menjadikan saya lebih matang dan lebih muda untuk bergaul dengan setiap jenis golongan masyarakat.Akhir sekali,Pada cuti sementara menunggu keputusan Upu,Saya bekerja dalam 3 tempat yang berbeza dalam masa 3 bulan.Saya melihat ini sebagai cabaran kerana saya ingin membuat sedikit pemerhatian tentang retail yang digunakan dalam 3jenis bidang yang berbeza.Saya bekerja dalam bidang pakaian sebagai promer kasut di Viva Home Mall,Kedai ini menggunakan kaedah insentif dalam pembayaran gaji di mana setiap bulan seorang pekerja itu haruslah mencapai target yang ditetapkan oleh pengurus kedai untuk mendapat insentif.Kedua,saya bekerja dalam bidang ilmu iaitu di sebuah kedai buku MPH di aeon maluri.Kedai buku ini sangat memetingkan masa di mana pekerja yang tidak pernah lambat akan diberi insetif tambahan sebanyak Rm80 sebulan.Akhir sekali yang ketiga,dalam bidang makanan di mana saya bekerja sebagai Famous Amos Aeon Maluri di mana kedai ini amat mementingkan kebersihan dan kualiti biskut yang dihasilkan.